DANIA GARAGE

TAYAR RAHMAH RM5.00

TAYAR RAHMAH

TAYAR RAHMAH RM5.00

Terdapat ramai pelanggan Dania Garage yang terjejas dengan ekonomi semasa. Oleh itu, Dania Garage menyambut baik seruan kerajaan dengan mengadakan jualan Tayar Rahmah berharga RM5/tayar pada Mac 2023 untuk mengurangkan beban pelanggan.

      Kempen Tayar Rahmah ini berjaya menarik minat pembeli dari serata tempat dan mendapat perhatian daripada Media serta pihak atasan. Jualan Tayar Rahmah diadakan di Dania Garage Masjid Jamek, Dania Garage Empayar dan Dania Garage Serdang. Selain daripada Tayar Rahmah kami juga mengadakan jualan sportrim terpakai berharga RM50/set. Sambutan sangat menggalakkan kerana semua sportrim habis dijual dalam masa sejam.

      Kami juga turut mengadakan jualan kombo dengan harga yang berpatutan seperti tayar dan sportrim. Jualan ini adalah untuk membantu golongan berpendapatan rendah bagi mengurangkan beban mereka. Dania Garage juga prihatin dengan golongan yang kurang berkemampuan dan pelajar-pelajar. Oleh itu, Dania Garage mengadakan program untuk mengurangkan beban mereka dengan membantu menyelenggara motor serta menukar tayar mereka secara percuma.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *