Dania Garage adalah sebuah bengkel motosikal yang mempunyai kepakaran dalam servis, barangan aksesori dan tuntutan insurans. Nawireton Legacy Sdn. Bhd. yang diperbadankan pada 19 Mei 2021. Perjalanan perniagaan ini bermula pada tahun 2015, dimana Encik Mustakim bermula dengan membaiki dan megubahsuai motosikal di halaman rumanya sendiri. Berkat dedikasi, minat yang mendalam dan usaha keras, bengkel yang pertama telah berjaya dibuka di Bandar Kajang. Julai 2019 telah menjadi titik mula kejayaan syarikat dan kejayaan lain yang bakal menyusul.
Pasukan kami yang terdiri daripada bahagian pengurusan dan operasi yang komited dalam memberikan khidmat terbaik kepada pelanggan dari segi penjagaan motosikal dan perkongsian berbentuk ilmiah. Perkara ini mewujudkan hubungan yang baik diatas dasar kepercayaan dan profesionalisma. Hubungan ini menjadi pendorong kepada kami untuk terus memberikan yang terbaik meskipun cabaran yang mendatang.
Pelanggan dan pembekal kami yang terdiri dari pelbagai latar belakang dan kaum didalam negara Malaysia yang harmoni ini adalah dorongan utama kami dalam memastikan kemampanan dan kebolehtahanan syarikat.
Menjadi syarikat bengkel motosikal terbesar di Malaysia yang bersistematik.
Menceburkan diri dalam bidang keusahawanan sejak dari bangku sekolah. Membangunkan syarikat tanpa mengenal erti putus asa dan penat lelah. Berhasrat melebarkan sayap perniagaan ke serata Malaysia, Asia dan seterusnya dunia.
“Setiap manusia dikurniakan kebolehan dan bakat masing-masing, namun tanpa disiplin dan usaha keras, kemanisan sebuah kejayaan tidak akan dapat dikecapi”
Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda daripada Universiti Teknologi Mara (UITM) merupakan seorang yang bercita-cita tinggi dan berhasrat mengangkat usahawan bumiputera ke tahap yang lebih tinggi.
“Manusia yang terbaik adalah yang memberi manfaat pada orang sekeliling”
Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda daripada Universiti Teknologi Mara (UITM) merupakan seorang yang bercita-cita tinggi dan berhasrat mengangkat usahawan bumiputera ke tahap yang lebih tinggi.
“Manusia yang terbaik adalah yang memberi manfaat pada orang sekeliling”