Tingkatkan Prestasi Motosikal Anda dengan Senarai Perkhidmatan Terbaik Kami. Biarkan Kami Menjadi Rakan Setia Anda dalam Menjana Perjalanan dan Menguruskan Semua Aspek Kenderaan Anda.
Anda juga boleh mengikuti laman sosial kami untuk mendapat berita terkini tentang perkhidmatan kami. Jangan lepaskan peluang ini!!
Service topset adalah servis yang melibatkan bahagian atas enjin iaitu head dan blok. Servis ini dibuat untuk memeriksa kondisi komponen dan mencuci karbon pembakaran yang terhasil bagi mengekalkan prestasi motor.
Antara komponen yang ditukar adalah piston ring, valve seal, gasket topset dan plug. Servis ini disyorkan untuk dibuat pada mileage 30 000km atau apabila berlaku kerosakan seperti ada bunyi dibahagian blok, keluar asap putih, minyak hitam cepat berkurang dan macam-macam lagi.
Overhaul adalah servis bahagian keseluruhan enjin daripada head, blok ke enjin bawah. Overhaul dibuat untuk memeriksa kondisi komponen enjin seperti gasket dan oil seal untuk mengelakkan masalah enjin bocor, bearing, shaft, gear, rod dan lain-lain.
Overhaul disarankan untuk dibuat pada 100, 000km mileage ataupun apabila ada kerosakan berkaitan enjin seperti enjin jem dan ada bunyi kuat pada bahagian enjin. Komponen enjin tidak mudah rosak jika minyak hitam dijaga dengan baik. Antara komponen yang ditukar adalah rod, bearing enjin, gasket, oil seal dan komponen topset.
Servis major adalah servis yang dikumpulkan ke satu mileage bagi memudahkan pelanggan untuk ingat jadual servis motor mereka. Terdapat banyak komponen yang perlu diservis mengikut mileage dan agak susah untuk diingat tapi dengan major servis, hanya ada dua iaitu Major Servis 10k dan Major Servis 20k.
Barang-barang yang diservis dan ditukar adalah plug, air filter, coolant, fuel filter dan servis throttle body. Kebaikan buat major servis adalah bagi mengekalkan prestasi motor dan memastikan sentiasa dalam keadaan baik.
Servis major adalah servis yang dikumpulkan ke satu mileage bagi memudahkan pelanggan untuk ingat jadual servis motor mereka. Terdapat banyak komponen yang perlu diservis mengikut mileage dan agak susah untuk diingat tapi dengan major servis, hanya ada dua iaitu Major Servis 10k dan Major Servis 20k.
Barang-barang yang diservis dan ditukar adalah plug, air filter, coolant, fuel filter dan servis throttle body. Kebaikan buat major servis adalah bagi mengekalkan prestasi motor dan memastikan sentiasa dalam keadaan baik.
CVT (Continuously Variable Transmission) ni sistem yang kawal pickup motor skuter. Servis CVT penting untuk pastikan prestasi skuter kekal mantap, bagi motor pickup semula, jalan tak lemau, jimat minyak balik. Kalau dah lama tak servis, motor mula rasa berat, semput, RPM tinggi tapi jalan slow. Disarankan buat servis ni bila mileage sampai 6,000km – 8,000km.
Pakej ini khas untuk motor Yamaha seperti Y15, Y16, R15, FZ150 dan MT150 kerana motor-motor selalu alami masalah crankshaft terhakis kerana mengguna needle bearing asal motor. Jadi pelanggan boleh memilih needle bearing Yamaha atau cooper bush.
Servis valve clearance perlu dibuat apabila motosikal mengeluarkan bunyi tepet pada bahagian head. Bunyi ini terhasil kerana jarak antara skru tepet dan valve sudah tidak mengikut ketetapan asal jadi servis valve clearance adalah untuk menetapkan balik jarak tersebut. Jika dibiarkan berlarutan, valve boleh kembang dan putus dua yang boleh mengakibatkan blok calar atau lebih teruk.
Servis fork adalah untuk mengeraskan balik fork yang sudah lembut dengan menukar spring fork dan menambah minyak fork. Servis fork juga adalah untuk merendahkan ketinggian motor dengan menurunkan fork supaya motor lebih stabil. Selain itu, servis ini adalah untuk memastikan fork tiada kebocoran dengan menukar oil seal dan dust seal.
Service topset adalah servis yang melibatkan bahagian atas enjin iaitu head dan blok. Servis ini dibuat untuk memeriksa kondisi komponen dan mencuci karbon pembakaran yang terhasil bagi mengekalkan prestasi motor.Antara komponen yang ditukar adalah piston ring, valve seal, gasket topset dan plug. Servis ini disyorkan untuk dibuat pada mileage 30 000km atau apabila berlaku kerosakan seperti ada bunyi dibahagian blok, keluar asap putih, minyak hitam cepat berkurang dan macam-macam lagi.
Overhaul adalah servis bahagian keseluruhan enjin daripada head, blok ke enjin bawah. Overhaul dibuat untuk memeriksa kondisi komponen enjin seperti gasket dan oil seal untuk mengelakkan masalah enjin bocor, bearing, shaft, gear, rod dan lain-lain. Overhaul disarankan untuk dibuat pada 100, 000km mileage ataupun apabila ada kerosakan berkaitan enjin seperti enjin jem dan ada bunyi kuat pada bahagian enjin. Komponen enjin tidak mudah rosak jika minyak hitam dijaga dengan baik. Antara komponen yang ditukar adalah rod, bearing enjin, gasket, oil seal dan komponen topset.
Dania Garage juga menawarkan pakej modifikasi seperti bengkel motosikal lain bagi meningkatkan kuasa pada motosikal. Pakej ini tersedia untuk Y15, FZ150 dan LC135.
Selain daripada servis, Dania Garage juga menjual barang aksesori motosikal seperti sportrim, forklay, swingarm, monoshock, seat dan coverset. Jualan ini terdapat secara fizikal dan atas talian melalui Tiktokshop, Shopee dan Whatsapp.
Dania Garage juga merupakan Pusat Servis Motosikal yang menyediakan servis berkala seperti penukaran tayar, penukaran rantai sprocket, servis minyak enjin, servis brek dan lain-lain.
Dapatkan perkhidmatan berkualiti untuk kenderaan anda dengan melawat bengkel terdekat hari ini!